Ciri-ciri Powershot A400

Bagi membantu mengambil gambar, pengguna boleh memilih antara pemidang tilik (“viewfinder “) zum optik gambar sebenar atau skrin 1.5 inci LCD. Menggunakan pemidang tilik mampu menjimatkan bateri. Kecerahan skrin LCD boleh ditala antara tahap satu sehingga lima belas. Ini amat berguna sekiranya anda menggunakan kamera ini dalam keadaan gelap atau terang.

Canon PowerShot A400 memiliki F3.8, 2.2X zum dengan julat fokal 5.9 - 13.2 mm. Panjang fokal setara-35mm adalah: 45 - 100 mm. Kanta Canon PowerShot A400 tidak memiliki pendakap bagi memasang kanta penukar sudut lebar.

Powershot A400 adalah mudah digunakan dan pengguna boleh menghidupkannya dan mula mengambil gambar. Terdapat beberapa butang kawalan di bahagian belakang yang menawarkan pelbagai fungsi. Ia tidak sukar dipelajari, tetapi manual ada disertakan bagi rujukan untuk memahami fungsi-fungsinya dengan lengkap.

Terdapat flash bina dalam di sebelah atas kanan dengan julat capaian 0.5 - 2.0 meter tidak kira panjang fokal. Oleh kerana kedudukan lampu denyar, adalah mudah tersilap meletakkan jari di hadapan denyar sekiranya tidak berhati-hati. Canon PowerShot A400 tidak boleh menerima denyar luaran. Denyar bina dalam memiliki julat maksima 2 meter dangan mod denyar adalah sentiasa hidup, sentiasa tutup, dan secara automatic di mana kamera memutuskan samaada denyar diperlukan atau tidak. Pengurang mata merah juga ada bagi membantu mengambil gambar orang atau haiwan dalam keadaan lampu samar.

Canon PowerShot A400 turut dilengkapi dengan lampu pembantu AF, yang membantu kamera mefokus dalam cahaya samar.

Terdapat mikrofon yang terletak di bahagian atas tengah.

Paparan LCD Canon PowerShot A400 seluas 1.5inci, dengan 115,000 pixel, menghasilkan gambar yang cantik dan tajam. Bagaimanapun ia tidak mensesuai cahaya terang atau gelap secara automatik.

Betul-betul di atas LCD adalah viewfinder optik, tanpa pembetulan diopter (yang mefokus apa yang anda lihat).

Disebelah kanan viewfinder adalah suis mod. Ia menukar kamera antara mod main semula, rekod, latar, dan video. Dalam mod latar anda boleh memilih senario dan kamera akan menggunakan tatarajah yang betul untuknya.

Mod mod pandangan siap program yang ada adalah (Portret, Latar Malam, Tumbuhan, Salji, Pantai, Bunga api, Bawah air, Dalam bilik). Ini membantu anda mengambil gambar terbaik dalam keadaan penggambaran yang berbeza. Selain itu juga terdapat mod bantuan sambungan (“stitch assist mode”) bagi membantu anda menghasilkan gambaran panorama.

Selain itu terdapat pengawal zum yang mengerakkan lens dari sudut luas pada telephoto dalam tempoh 1.4 saat.

Betul betul disebelah kanan LCD terdapat tiga butang: Menu, “Display”, dan “Function/Delete Photo”. Butang menu adalah jelas sendiri; butang paparan menghidup dan mematikan LCD. Butang fungsi membuka menu fungsi, dengan pilihan berikut:

Mod bergambar (Auto, manual, Stitch Assist)Penimbang Dedahan (-2EV to +2EV, peningkatan 1/3EV)White Balance (Auto, Siang hari, Berawan, Tungsten, Fluorescent, Fluorescent H termasuk juga set Khas) – lihat di bawahISO (Auto, 50, 100, 200, 400)Kesan foto (Tutup, warna jelas, warna biasa, pelembut, sepia, hitam & putih)Pemampat ResolusiTerdapat tiga mod gambar pada Canon PowerShot A400. Kedua-dua mod automatic dan manual adalah acu dan petik, dengan perbezaan adalah anda tidak dapat mencapai kebanyakan pilihan menu semasa dalam mod automatik. Mod Bantuan Cantum “Stitch Assist” membantu anda menjajarkan gambar agar anda dapat mencantumkan gambar menbentuk panorama dengan menggunakan perisian yang dibekalkan.

Ciri-ciri pengimbang putih membenarkan anda mengambil gambar kad putih atau kelabu, untuk mendapatkan warna sempurna dalam sebarang cuaca.

Ciri kesan foto membenarkan warna atau ketajaman gambar ditukar. Kesan foto juga boleh digunakan semasa dalam mod video.

Di sebelah kanan butang terdapat kawalan empat arah, yang turut digunakan bagi gerakan menu, termasuk juga:

Atas - Metering (Penilai, berat-tengah, tompok (“spot”))Bawah - Drive (Single-shot, continuous, self-timer)Kiri - Focus (Auto, macro, infinity)Kanan- Flash (Auto w/redeye reduction, auto, flash on w/redeye reduction, flash on, flash off)Dalam mod bergambar berterusan membenarkan sehingga 10 gambar diambil pada kelajuan 1.3 bingkai sesaat. LCD pengun seketika antara pengambaran, yang mungkin menyukarkan menjejak subjek.

Butang terakhir adalah butan Cetak/Kongsi, yang terletak di sebelah kanan kawalan empat hala. Apabila disambung dengan pencetak upaya Direct Print atau PictBridge, menekan butang ini memboleh anda mencetak gambar secara langsung tanpa memerlukan komputer. Apabila disambung dengan Komputer Windows, skrin berikut dipaparkan pada LCD:

Direct Transfer menu (“Menu Pindah Langsung”)

Anda boleh memindahkan kesemua gambar, gambar baru, gambar yang anda tanda DPOF, atau dipilih secra insani. Pilihan peset kertas dinding membenarkan gambar dipilih sebagai gambar latar pada komputer anda!

Yang terakhir adalah port I/O, yang terletak di bawah lapisan getah. Terdapat port bagi USB, pencaj DC (bagi penyesuai AC pilihan), dan keluar A/V.

Pada bahagian atas terdapat pembesar suara, butang kuasa dan butang mengambil gambar.